Gua Tambun (Gunung Panjang)
Gua Tambun (Gunung Panjang)
Di Gua Tambun, terdapat lukisan prasejarah yang berusia lebih 10000 tahun pada dinding gua tersebut. Lukisan gua ini merupakan satu-satunya lukisan yang menggunakan mineral hematit berwarna merah di semenanjung Malaysia. Ini membuktikan bahawa wujudnya penempatan awal di sekitar kawasan berikut. Lukisan ini dikenalpasti terdapat lebih 30 bentuk lukisan meliputi bentuk manusia dan haiwan serta bentuk geometrik seperti garisan dan pola abstrak.
Pada tahun 2009, penyelidik dari Universiti Sains Malaysia meneliti dinding dengan analisis imej digital resolusi tinggi dan mengenal pasti lebih 600 elemen seni prasejarah yang berbeza.
Tarikan
Kemudahan
Alamat & Hubungi
Gua Tambun (Gunung Panjang)
2, Selasar Taman Tambun, Taman Tambun, 31400 Ipoh, Perak
Tel : 605-2083333